Kerajaan Diminta Teliti Kenaikan Kos Bina MRT

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan pada Isnin meminta kerajaan meneliti kewajaran peningkatan kos pembinaan Projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang yang dianggar akan mencecah sehingga RM50 bilion berbanding anggaran asalnya RM36.6 bilion.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk melaksanakan sesuatu projek serta menimbang impaknya kepada negara sebelum melaksanakannya.

"Ini kajiannya belum dibuat, tetapi sudah keluar borang tender. Ini tidak betul. Pada saya di samping kita memperbandarkan bandar ini menuju negara maju, kerajaan jangan terperangkap dengan strategi untuk membangunkan satu kawasan dan terlepas pandang kawasan yang lain.

"Kalau kosnya mencecah sehingga RM70 bilion (anggaran), kalau diberi di kawasan saya 10 peratus, membangunlah Kinabatangan, begitu juga kalau diberi lima peratus kepada Speaker (Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu anggota Parlimen Santubong)," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Bung Moktar menegaskan beliau tidak menentang pelaksanaan projek itu, tetapi kerajaan yang dipelopori Barisan Nasional (BN) harus ingat bahawa sokongan untuk parti lebih banyak diperoleh daripada pengundi di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar.

"Mereka ini (penduduk kawasan luar bandar) yang terus menyokong BN. Jika dibanding dengan rakyat bandar yang sudah tidak hairan walaupun dengan pelbagai prasarana dan pembangunan. Tetapi bagi rakyat luar bandar, mereka masih lagi dahagakan pembangunan kampung, air bersih, jalan dinaik taraf," katanya.

Kerajaan kini masih memperhalusi harga keseluruhan projek itu yang dijangka bermula Julai kerana anggaran awal kos projek iaitu RM36.6 bilion yang dibuat pada 2009 dijangka berubah bergantung kepada nilai hartanah dan kenaikan harga barangan.

Tender keseluruhan projek itu akan dibuka bulan depan dan keputusan mengenainya akan dibuat pertengahan Mei ini. Kerajaan juga telah melantik MMC-Gamuda selaku rakan pelaksana projek berkenaan.

Sementara itu, Tony Phua (PKR-Petaling Jaya Utara) berharap kerajaan akan mengambil langkah untuk menentukan projek itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan.

Beliau berkata, selain memberi tumpuan kepada projek itu, kerajaan juga sepatutnya turut menambahbaik sistem perkhidmatan bas yang digunakan secara lebih meluas oleh warga kota.

"Kalau kita tumpu kepada rel sahaja dan tiada penambahbaikan dalam perkhidmatan bas tidak akan selesaikan masalah. Lagipun stesen MRT tidak bersambung dengan stesen lain seperti KL Sentral yang mana ada sistem LRT, komuter dan keretapi untuk ke kawasan luar bandar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan