Gempa Sekuat 6.0 Landa Pantai Timur Honshu, Jepun - Berita Semasa | mStar

Gempa Sekuat 6.0 Landa Pantai Timur Honshu, Jepun

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada pukul 9.31 malam Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berpusat di 3,911 kilometer dari Timur Laut, Kudat di Sabah.

Jumaat lepas, Jepun digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 9.0 pada skala Richter dan mencetuskan tsunami besar yang mengorbankan beribu nyawa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan