Denda 100 Kali Ganda Bagi Syarikat Anjur Skim Kutu

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Denda sehingga RM500,000, iaitu 100 kali ganda lebih tinggi daripada sebelum ini, menanti mana-mana syarikat yang menganjurkan perniagaan skim kutu apabila pindaan pada Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 diluluskan kelak.

Cadangan memperuntukkan kenaikan denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM500,000 itu antara yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (Larangan) Kumpulan Wang Kutu (Pindaan) 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengemukakan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, di sini, Selasa.

Pindaan yang dicadangkan itu juga bertujuan menaikkan tempoh pemenjaraan maksimum daripada tiga tahun kepada sepuluh tahun bagi kesalahan sama.

Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 bertujuan melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang bertujuan menganjurkan atau merancang untuk menganjurkan wang kutu.

Ismail Sabri berkata rang undang-undang itu juga bertujuan mengelak berlakunya penyelewengan oleh syarikat yang menjalankan perniagaan wang kutu secara haram dan menyebabkan kerugian kepada orang ramai yang melabur dalam syarikat berkenaan.

"Dulu kutu tidak melibatkan duit yang banyak sebab itu dengan yang dikenakan rendah iaitu setakat RM5,000.

"Tetapi sekarang kutu sudah disalah guna, dijadikan satu bentuk perniagaan, tubuhkan syarikat untuk mengutip duit yang melibatkan ramai orang, jadi kutipannya sehingga berjuta, syarikat dapat untuk atas angin hasil komisyen yang dikutip daripada pelabur. "Sebab itu kita adakan pindaan ini sebab kita tidak mahu ada syarikat anjurkan skim kutu ini selain mengelak peserta terima masalah," katanya ketika ditemui pemberita. Katanya sejak dua tahun lepas, sembilan kes yang membabitkan pelanggaran akta itu telah dihadapkan ke mahkamah, termasuk kes Grand Merger Network Services yang menganjurkan skim kutu menggunakan wang pos, membabitkan kutipan berjumlah RM22.4 juta.

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai supaya berhati-hati dan tidak melabur dalam sistem pelaburan yang menjanjikan pulangan berlebihan dalam sekelip mata bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kes seperti skim kutu.

Turut dikemukakan untuk bacaan kali pertama ialah Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2011 oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.

Pindaan bertujuan menaikkan pencen maksimum bagi Hakim, yang membolehkan seseorang Hakim menerima pencen maksimum yang tidak lebih daripada tiga perlima daripada gaji akhir yang diterimanya.

Ia juga bertujuan menaikkan tempoh perkhidmatan seseorang hakim untuk layak mendapat pencen maksimum daripada 15 tahun kepada 18 tahun. Bagaimanapun tempoh perkhidmatan boleh mengambil kira tempoh beliau berkhidmat sebagai PesuruhJaya Kehakiman.

Pindaan Fasal 5 akta berkenaan pula memperuntukkan bahawa seseorang yang memegang jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden atau Hakim Besar berhak mendapat pencen maksimum jika telah memegang salah satu jawatan atau kesemua jawatan itu tidak kurang daripada tiga tahun.

Pindaan itu akan terpakai bagi kedua-dua Hakim yang sedang berkhidmat dan telah bersara dan ia melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan berjumlah kira-kira RM1.8 juta setahun. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan