Bapa Setiausaha Sulit Samy Vellu Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: K. E. Singham, 81, bapa E.Sivabalan, Setiausaha Sulit Kanan Duta Khas Infrastruktur ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S.Samy Vellu, meninggal dunia kerana serangan sakit jantung di rumahnya di Jalan Rasah di sini.

Sivabalan berkata mayat, bapanya seorang pesara kerajaan kini berada di rumah keluarganya di No 628, Taman Lian, Jalan Rasah di sini dan upacara pengebumian akan diadakan pada 4 petang ini.

Sivabalan, yang baru balik dari India kerana mengikuti rombongan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak minggu lepas, dimaklumkan mengenai kematian bapanya pada pukul 8 pagi tadi.

"Saya baru balik dari India pada pukul 6.30 pagi tadi," katanya. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan