Komuniti Perniagaan Digesa Guna Pakai Strategi Manfaat Peluang Di Bawah FTA

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa komuniti perniagaan di Malaysia mengguna pakai dan mengukuhkan model perniagaan dan strategi kompetitif mereka untuk mengeksploitasi peluang pasaran global yang tersedia di bawah perjanjian perdagangan bebas (FTA).

Timbalan Perdana Menteri itu berkata dalam persekitaran di mana pembukaan pasaran adalah satu proses berterusan dan halangan tarif tidak lagi menyediakan perlindungan, usahawan tempatan perlu berani untuk menembusi pasaran eksport tradisional dan bukan tradisional.

Mereka juga perlu menjalin perangkaian perniagaan dan mendapatkan rakan kongsi yang strategik bagi memperoleh kelebihan berbanding pesaing dan menembusi dengan lebih berkesan pasaran global yang pelbagai, kata beliau di Sambutan Ulang Tahun Ke-75 George Kent (Malaysia) Bhd, di sini, Isnin.

Beliau juga menggesa syarikat tempatan mencari kaedah yang inovatif untuk berkembang dengan pesat, dan mendapatkan pelaburan atau projek berpotensi yang akan membawa kejayaan perniagaan dalam tempoh jangka pendek dan panjang.

Muhyiddin juga berkata kerajaan kini komited ke arah komunikasi terbuka antara sektor awam dan swasta bagi menyediakan peluang yang lebih banyak kepada komuniti perniagaan untuk menangani kebimbangan mereka serta mengemukakan pandangan dan cadangan kepada kerajaan.

Beliau berkata komuniti perniagaan tidak seharusnya teragak-agak untuk membawa kepada perhatian kerajaan sebarang keadaan luar biasa dalam pelaksanaan polisi yang menambahkan lagi kepada kos menjalankan perniagaan di Malaysia dan menjadikan operasi di Malaysia kurang kompetitif.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-75, George Kent menyumbang RM500,000 kepada Yayasan Perubatan 1MCA.

George Kent ialah pengeluar meter air, komponen bekalan air dan produk loyang. Ia juga mengkhusus dalam pembinaan pembekalan air. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan