Kerajaan Pastikan Makanan Diimport Dari Jepun Selamat - Liow

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memastikan makanan yang dimport dari Jepun selamat digunakan dan tidak terdedah kepada kesan radiasi akibat kebocoran di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi ekoran gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia mengimport 48,456 tan metrik barangan makanan dari Jepun setiap tahun, antaranya ikan, buah-buahan, makanan bijirin dan minuman serta barangan makanan dalam tin.

"Kementerian mengikuti rapi perkembangan kesan kebocoran radiasi di negara itu dan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak ada makanan yang terdedah kepada radiasi akibat kebocoran di loji janakuasa di bawa masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian itu di sini, Isnin.

Sementara itu, mengenai kes jangkitan Andenovirus di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol), Liow berkata sehingga pukul 5 petang semalam seramai 35 orang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan dua daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Jumlah pelatih yang menjalani pengasingan ialah 673 orang dengan 573 orang tidak menunjukkan simptom demam dan hanya menunggu masa untuk dikeluarkan dari pengasingan," katanya.

Setakat ini, penularan Adenovirus itu menyebabkan seorang pelatih di pusat latihan berkenaan, Mohd Azizan Aziz, 21, meninggal dunia 8 Mac lepas.

Menenai Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA semalam yang meluluskan usul menangguhkan pemilihan parti, Liow yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, keputusan sebulat suara itu jelas menunjukkan kematangan perwakilan dari seluruh negara bagi merealisasikan agenda parti.

EGM semalam adalah untuk menangguhkan pemilihan parti bagi membolehkan parti itu memberi tumpuan kepada persedian menghadapi pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan