Dewan Rakyat: Semua 242 Pelajar Malaysia Di Kawasan Gempa Bumi Di Jepun Selamat

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Semua 242 pelajar Malaysia yang berada di 10 kawasan yang menerima gegaran berkekuatan lebih 6 pada skala Richter semasa gempa bumi melanda Jepun, Jumaat lepas dilaporkan selamat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata pelajar berkenaan adalah dari 20 institusi pengajian tinggi (IPT) di Sendai yang mengalami gegaran kuat.

Katanya, berdasarkan rekod Japan Education Student Organization, jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun adalah seramai 2,465 orang termasuk 1,327 tajaan kerajaan Malaysia, 201 kerajaan Jepun dan 937 pelajar persendirian.

"Bagaimanapun, jumlah pelajar yang berdaftar dengan kedutaan adalah seramai 1,521 orang," katanya ketika menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban).

Fernandez ingin tahu mengenai usaha yang dilakukan kerajaan supaya pelajar Malaysia di luar negara berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia atau kedutaan termasuk di Jepun yang didakwa terdapat pelajar yang gagal dikesan selepas gempa bumi dan tsunami melanda negara itu, baru-baru ini.

Dr Hou berkata Wisma Putra akan menyelaraskan operasi di Jepun dan semua pihak termasuk pelajar dan ibu bapa perlu mendapatkan nasihat dan arahan seterusnya daripada Wisma Putra.

Menjawab soalan asal Fernandez, beliau berkata, jumlah pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia adalah sembilan orang di Singapura, 124 di China, 3,811 di United Kingdom, 948 di Amerika Syarikat, 513 di Perancis dan 672 di Jerman.

Katanya, pendaftaran pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia dibuat secara sukarela namun ramai di kalangan mereka yang tidak mendaftar.

"Usaha berterusan akan dibuat oleh Jabatan Penuntut Malaysia dan kedutaan untuk menasihatkan pelajar dan warga Malaysia di luar negara mendaftar bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang bencana atau krisis yang melanda negara berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan