ADUN Komtar Minta Polis Segera Siasat Hadiah Keranda

Diterbitkan: Isnin, 14 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, meminta pihak polis membuat siasatan segera terhadap cubaan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abdul Jiman, menghantar sebuah keranda ke rumahnya semalam.

Beliau berkata tindakan itu dianggap sebagai satu ancaman berupa ugutan keselamatan kepada dirinya, keluarga termasuk seluruh penduduk di kawasan yang didiaminya di kawasan Paya Terubong.

"Tindakan itu perlu dikecam kerana ia menggangu dan mengancam keharmonian sosial di negeri ini dan polis perlu mengambil segera tindakan undang-undang terhadap perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini pad Ahad.

Semalam, Mohamed Ghani telah cuba untuk menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal, apabila dihalang pihak polis.

Katanya, tindakan itu kemungkinan berkaitan dengan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan mereka bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan di ruang itu.

Semua peniaga akur dengan arahan itu kecuali Mohamed Ghani yang bertegas untuk berniada di situ, kata Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan