Wanita Maut Terperangkap Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita maut setelah terperangkap dalam kebakaran di unit studionya di tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Damansara Perdana di sini pada Ahad.

Elizabeth Wong, 25, dipercayai tinggal bersendirian di unit itu, ditemui mati oleh pasukan bomba dengan kesan kakinya melecur, dalam keadaan terbaring di atas lantai berhampiran sebuah katil.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Sulaiman Shamsuddin berkata ketika pasukan bomba tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira 10.27 pagi, api di unit itu telah dipadamkan oleh pihak pengurusan pangsapuri itu.

"Ketika kami tiba, hanya asap yang masih menyelubungi rumah itu kerana apinya telah dapat dipadamkan dari merebak ke rumah-rumah lain," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan bomba mendapati antara yang musnah terbakar di unit itu ialah tilam, katil, rak buku dan buku-buku. Sambil menolak kemungkinan wujudnya unsur jenayah dalam insiden itu, Sulaiman bagaimanapun berkata pihak forensik bomba masih menjalankan siasatan berhubung punca kebakaran.

Beliau berkata mayat mangsa, yang tidak dapat dipastikan sama ada seorang guru atau pelajar, dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan pengcaman ahli keluarga. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan