SPNB Tidak Akan Naikkan Harga Rumah

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak akan menaikkan harga 14,470 unit rumah pelbagai jenis yang sedang dimajukannya di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, langkah itu selaras dengan misi institusi tersebut yang mahu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

"Adalah tidak wajar menaikkan harga rumah semata-mata kerana spekulasi harga bahan binaan semasa akan meningkat," katanya kepada selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan Pergerakan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno Bahagian Muar, di sini Sabtu.

Idris yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata tumpuan utama SPNB ketika ini ialah memulih dan menyiapkan 16 projek perumahan di seluruh negara yang terbengkalai sejak sekian lama.

Katanya, syarikat itu akan mengurangkan projek perumahan baru sehingga projek rumah terbengkalai terbabit siap dan dijual kepada pembeli.

Ini katanya, selaras dengan keputusan kerajaan yang tidak akan menyediakan peruntukan kepada SPNB sebaliknya menekankan konsep 'jual satu, bina satu'. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan