Pemilik Kenderaan Tidak Puas hati Dengan Saman Boleh Mengadu: Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.

"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno Bahagian Sembrong, di Felda Kahang Barat, di sini pada Ahad, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka.

Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun.

Dalam pada itu, Hishammudin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik.

Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok (Isnin) bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau.

Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef bin Abdulaziz Al-Saud.

"Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah.

"Semua ini merupakan fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," jelasnya.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan