Kerajaan Berhasrat Bawa Pulang 433 Rakyat Malaysia Di Yemen

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan berhasrat membawa pulang sekitar 443 rakyat Malaysia di bandar Sanaa dan Eden di Yemen berikutan pergolakan politik di negara itu yang semakin bertambah buruk.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan sedang memantau keadaan di negara itu terutama di Sanaa dan Eden, dan laporan terkini sudah dikemukakan kepada kerajaan untuk menentukan tindakan yang perlu diambil.

"Kita akan bawa rakyat kita di Sanaa dan Eden terus ke Malaysia kerana keadaan di situ semakin meruncing. Bagaimanapun keadaan keselamatan di kawasan lain di Yemen masih terkawal," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Sementara itu, Anifah berkata setakat 1.30 tengah hari ini, Kedutaan Malaysia berjaya menghubungi 544 rakyat negara ini di beberapa kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi dan tsunami di bahagian timur laut Jepun dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Katanya rakyat Malaysia yang berada di kawasan teruk dilanda tsunami telah dipindahkan ke pusat perlindungan yang disediakan oleh pihak berkuasa Jepun.

Beliau berkata seramai 298 pelajar Malaysia yang berada di kawasan itu juga dilaporkan selamat.

"Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi dan mengambil tindakan susulan sewajarnya dengan menghubungi semua rakyat Malaysia di Jepun," katanya.

Anifah berkata setakat ini, kerajaan belum berhasrat membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di Jepun.

Katanya terdapat 5,009 rakyat Malaysia yang berdaftar di Jepun termasuk 2,100 pelajar.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan