Insiden Adenovirus Di Pulapol Tidak Disorok - KPN

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Maklumat berkaitan jangkitan virus 'Adenovirus' yang berlaku di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur tidak akan disorok daripada pengetahuan ibu bapa pelatih Inspektor dan Konstabel pusat itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Katanya semua maklumat akan disalurkan terus kepada ibu bapa pelatih itu dan dakwaan yang menyatakan mereka tidak mendapat maklumat sebenar adalah tidak tepat.

"Kita (polis) sudah letak pegawai di Pulapol dan saya nasihat ibu bapa itu agar mendapat maklumat terus daripada pegawai itu.

"Kita sentiasa memberikan maklumat terkini dan laluan komunikasi kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa, di sini, Sabtu.

Jangkitan virus 'Adenovirus' dilaporkan merebak di kalangan pelatih Pulapol sejak 4 Mac lepas hingga mengorbankan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lepas.

Jumlah pelatih yang dirawat di HKL akibat jangkitan virus itu kini berkurangan kepada 24 orang hari ini berbanding 32 orang semalam.

Ismail berkata beliau yakin keadaan yang berlaku di pusat itu akan kembali pulih jika semua pihak mengambil langkah seperti disyorkan Kementerian Kesihatan.

"Insya-Allah dan terkawal dan sehingga tengah hari ini tidak ada kes baru dan jika semua mengikut arahan saya percaya kes ini akan dapat dibendung sepenuhnya," katanya.

Ismail, yang enggan membuat andaian virus itu menular berpunca daripada masalah kebersihan di pusat itu, berkata pegawai Kementerian Kesihatan telah diminta membuat ujian terhadap pelatih bagi mengetahui punca sebenarnya insiden itu.

Sementara itu, Ismail meminta agar jangan membuat andaian kononnya kadar penyeludupan banyak berlaku sejak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih sepenuhnya tugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand daripada PGA sejak November tahun lalu.

"Keadaan di sempadan sangat terkawal. Jangan buat andaian mengenai perkara itu yang kononnya sempadan negara kita seperti tidak selamat dan semua keadaan yang berlaku di sempadan akan tetap di pantau.

"Di sempadan kita ada anggota tentera, kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (yang sentiasa menjaga sempadan negara). Apa pun PDRM tidak akan lepas tangan dalam soal menjaga sempadan ini," katanya.

Beliau berkata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi turut diminta membuat penilaian keadaan di sempadan itu dan sentiasa memberikan taklimat kepadanya tentang perkembangan semasa.

"PGA tidak akan ditarik sepenuhnya dalam usaha mengawal sempadan ini dan kita akan lihat perkara ini dari semasa ke semasa. Khidmat mereka diperlukan dalam menjaga keamanan di tempat lain buat masa ini," katanya.

Mengenai insiden kebakaran yang memusnahkan kediaman anggota PGA Pengkalan Chepa pada 19 Februari lalu, Ismail merakamkan perasaan sedih dan dukacitanya dengan keadaan itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban 16 buah keluarga anggota PGA yang terbabit. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan