Agensi Nuklear Malaysia Perjelas Impak Letupan Loji Nuklear Di Jepun

Diterbitkan: Ahad, 13 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, akan memberikan penjelasan mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun.

Beliau berkata, rakyat perlu menunggu penjelasan itu dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan radiasi akibat letupan itu akan merebak ke negara lain.

"Saya yakin agensi ini akan berikan penjelasan yang cukup dan jelas tentang apa yang berlaku di negara itu. Bukan sahaja kerajaan Jepun yang ambil perhatian malah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa setiap hari perhatikan apa yang berlaku di Jepun kerana ini adalah soal besar.

"Bukan sahaja di Jepun tetapi di rantau Asia juga, China yang terdekat, Rusia dan Amerika Syarikat...semua hendak tahu apa yang berlaku di Jepun, kita tunggulah, jangan buat spekulasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa di sini, Ahad.

Selepas dilanda gempa bumi dan tsunami terburuk pada Jumaat lepas yang dilaporkan mengorbankan kira-kira 1,300 orang, keadaan di Jepun semakin buruk apabila loji nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi meletup pada Sabtu.

Jika tekanan gagal dikawal, terdapat kemungkinan loji itu melebur atau meletup akibat kepanasan bahan bakar nuklear yang boleh mencetuskan pencemaran debu radioaktif yang teruk serta boleh merebak ke negara lain.

Mengenai rancangan Malaysia membina loji janakuasa nuklear bertujuan untuk menjana kuasa elektrik, Chin berkata, Malaysia Nuclear Power Corporation sedang membuka tender kepada pakar dan konsultan antarabangsa untuk mengkaji tentang beberapa aspek seperti lokasi, kesesuaian dan keselamatan lokasi, jenis teknologi dan penerimaan rakyat mengenai cadangan tersebut.

"Semua ini akan diambil kira sebelum kita buat keputusan terakhir...ini program rancangan jangka panjang, kalaulah kita tetapkan bahawa kita akan bina loji elektrik yang menggunakan nuklear ini akan hanya boleh digunapakai pada tahun 2021, maka kita ada 10 tahun lagi.

"Jadi kita ada masa untuk menjalankan kajian sedalam-dalamnya, ia akan mengambil masa untuk menjalankan kajian dan saya pasti kerajaan tidak akan berbuat sesuatu secara rahsia tanpa memaklumkan kepada orang ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan