Kerajaan Bawa Pembangunan, Bukan Pembangkang - Shahrizat

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka.

Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti pembangkang yang melaksanakannya.

"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.

"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan Anggota Dewan Negara yang juga Ketua Umno Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di sini Sabtu.

Justeru, Shahrizat berkata program-program berbentuk perpaduan yang melibatkan penyertaan semua kaum perlu diperbanyakkan agar rakyat dapat disatukan dan diberi kesedaran tentang hakikat sebenar siapa yang membawa pembangunan di kawasan mereka.

Mengenai pilihan raya negeri Sarawak, Shahrizat yang juga Pengerusi Wanita BN berkata jentera Wanita BN dari seluruh negara sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang pilihan raya termasuk di negeri itu.

"Kita wanita BN sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan kita mempunyai ramai jentera yang telah bersedia, kini sedang menyusun sahaja," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan