Jumlah Pelatih Pulapol Dirawat Di HKL Berkurangan Kepada 24 Orang - Berita Semasa | mStar

Jumlah Pelatih Pulapol Dirawat Di HKL Berkurangan Kepada 24 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jumlah pelatih Inspektor dan Konstabel Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan Virus 'Adenovirus' berkurangan kepada 24 orang, Sabtu berbanding 32 orang Jumaat.

Komandan Pulapol SAC Zulkifli Mohamed berkata 24 pelatih itu termasuk seorang pelatih yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Mereka yang masih dirawat dalam wad ialah lima pelatih wanita, lapan pelatih lelaki dan konstabel seramai 11 orang, termasuk seorang lagi pelatih (konstabel lelaki) yang masih berada dalam ICU menjadikan jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang," katanya.

Zulkifli berkata jumlah pelatih yang menjalani pengasingan di dalam Pulapol di Jalan Semarak di sini pula meningkat daripada 584 pada Khamis kepada 720 orang pada Jumaat.

Katanya enam daripada 720 orang yang menjalani pengasingan itu merupakan kakitangan Pulapol.

Jangkitan virus 'Adenovirus' dilaporkan merebak di kalangan pelatih Pulapol sejak 4 Mac lepas hingga mengorbankan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia di HKL pada Selasa lepas. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan