Jepun Hargai Keprihatinan Malaysia - Berita Semasa | mStar

Jepun Hargai Keprihatinan Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di sini, bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia kerana menzahirkan sikap prihatin dan simpati mereka terhadap negara itu yang dilanda gempa bumi serta tsunami semalam.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kedutaan itu berkata kerajaan Jepun dan semua agensi berkaitan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa dan memantau kedudukan serta keselamatan rakyat Malaysia dan negara lain yang dipercayai tinggal atau melakukan perjalanan ke kawasan terbabit.

Gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter berlaku di luar pantai utara Jepun semalam dan mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter yang meragut beratus nyawa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan