Hanya Satu Penerbangan MAS Ke Tokyo Malam Ini - Berita Semasa | mStar

Hanya Satu Penerbangan MAS Ke Tokyo Malam Ini

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hanya menjadualkan satu penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun menerusi penerbangan MH88 pada 11.35 malam ini (Sabtu) dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Jurucakap Pusat Panggilan 24 Jam MAS berkata setakat ini hanya satu penerbangan yang dibenarkan untuk berlepas ke Jepun dan perancangan penerbangan bergantung kepada keadaan terkini di negara itu, yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam.

"Buat masa ini, hanya penerbangan MH88 akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada 11.35 malam tetapi jadual penerbangan untuk esok masih belum dapat dipastikan.

"Tempahan tiket untuk penerbangan itu masih dibuka tetapi hanya boleh ditempah untuk penerbangan kelas perniagaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, penerbangan MAS MH70 dari Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei, Taiwan selepas gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter menggegar timur laut Jepun.

Gempa bumi itu mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang menyebabkan kira-kira 1,000 orang terkorban serta membadai kawasan ladang, menghanyutkan rumah-rumah, tanaman dan kenderaan.

Lazimnya, MAS mengadakan 11 penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Tokyo, enam penerbangan seminggu dari Kuala Lumpur ke Osaka dan tiga penerbangan seminggu dari Kota Kinabalu ke Haneda. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan