Ahli Majlis PBT Di Selangor Diberi Kuiz Sebelum Dilantik Semula - Abdul Khalid

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor akan diberi soalan kuiz sebagai penilaian sebelum dilantik semula selepas tempoh perkhidmatan mereka selama tiga tahun tamat akhir tahun ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kuiz tersebut akan berkisar mengenai 'apa dan siapa' di zon masing-masing seperti nama pengerusi jawatankuasa penduduk atau wakil taman di kawasan itu.

"Ia merupakan masalah sekiranya Ahli Majlis PBT tidak mengenali wakil penduduk di kawasan masing-masing," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Zon Bersih Majlis Daerah Kuala Selangor 2011 di Taman Chempakasari, Ijok, dekat sini, Sabtu.

Katanya kerajaan negeri akan mula memantau dan menilai prestasi semua Ahli Majlis PBT pada Mei dan Jun ini sebelum tempoh perkhidmatan mereka tamat akhir tahun ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan