Usahawan Muda Bertuah Punya Mentor Dan Teknologi Untuk Lebar Perniagaan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Forum Usahawan Muda,Persidangan Dari Hati Ke Hati menampilkan penceramah-penceramah yang terdiri daripada tokoh usahawan wanita negara. Kelihatan Pengarah Urusan Noor Arfa Batik Sdn Bhd Noor Hijerah Hanafiah (dua, kiri), Pengarah Urusan NK Laboratories Sdn Bhd Norazah Khamis (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Ain Food Products Nur Ain Abd Mokhti (paling kiri) sedang berkongsi pengalaman menerusi forum bertajuk 'Keintiman Dalam Perniagaan'.
Forum Usahawan Muda,Persidangan Dari Hati Ke Hati menampilkan penceramah-penceramah yang terdiri daripada tokoh usahawan wanita negara. Kelihatan Pengarah Urusan Noor Arfa Batik Sdn Bhd Noor Hijerah Hanafiah (dua, kiri), Pengarah Urusan NK Laboratories Sdn Bhd Norazah Khamis (tiga, kiri) dan Pengarah Urusan Ain Food Products Nur Ain Abd Mokhti (paling kiri) sedang berkongsi pengalaman menerusi forum bertajuk 'Keintiman Dalam Perniagaan'.

KUALA LUMPUR: Usahawan muda hari ini terutama golongan wanita lebih bertuah kerana mereka mempunyai ramai mentor sebagai model, di samping kemudahan teknologi yang dapat membantu melebarkan sayap perniagaan masing-masing.

Presiden Persatuan Jaringan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (WENA), Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar berkata, oleh hal yang demikian, golongan usahawan khususnya wanita tidak seharusnya melepaskan peluang berkongsi rahsia kejayaan dengan tokoh-tokoh usahawan wanita dan mendalami ilmu teknologi maklumat (IT).

"Lahirnya ramai usahawan wanita di Malaysia pada masa sekarang membolehkan usahawan muda, terutama kaum wanita berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan mereka yang mula berjinak-jinak dalam bidang keusahawanan.

"Usahawan wanita yang telah berjaya harus dijadikan sebagai model dengan bertukar-tukar pandangan serta berkongsi masalah dengan usahawan-usahawan baru dan lama," katanya kepada mStar Online.

Raja Azam ditemui ketika menghadiri Persidangan Dari Hati Ke Hati, Pertemuan Minda dan Jaringan Niaga anjuran WENA yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini, Jumaat.

Raja Azam berkata, apabila dilanda sesuatu masalah atau cabaran dalam mengendalikan perniagaan, kebanyakan usahawan wanita hari ini sering berasa terpinggir menyebabkan mereka mudah berputus asa.

"Sekiranya mereka mempunyai hubungan yang erat dengan usahawan-usahawan lain, mereka tidak akan berasa keseorangan kerana mereka dapat mengadu dan berkongsi masalah," jelasnya. Katanya, konsep 'perkongsian' yang diketengahkan persatuan itu dalam membantu usahawan wanita dilihat mampu memberi kesan positif, justeru ia turut diterapkan pada persidangan itu.

"Kita himpunkan usahawan-usahawan berkualiti Malaysia yang mampu memberi inspirasi dan dapat membantu menggerakkan usahawan muda.

"Perbincangan secara terus dan terbuka diharapkan dapat membuatkan para peserta sedar setiap masalah sama ada dari segi perniagaan, keluarga atau diri boleh diatasi. Mereka tak harus berasa keseorangan kerana ramai lagi usahawan wanita lain telah melalui perkara yang sama tetapi kini telah berjaya," katanya.

Usahawan yang dijemput menyertai forum secara santai dengan peserta termasuklah pengarah Urusan D'Naveeche Beauty (M) Sdn Bhd Datuk Azlina Che Abdullah, Pengasas Noraini Cookies World Wide Sdn Bhd, Noraini Ahmad dan Perunding Kiakari, Datin Zaleha Omar.

WENA yang kini mempunyai kira-kira 200 ahli di seluruh Malaysia turut menekankan kepentingan penggunaan IT untuk membantu usahawan wanita menggunakan internet sebagai alat mengembangkan perniagaan.

Katanya, internet perlu digunakan dengan bijak oleh mereka yang bergelar usahawan kerana ia dapat membantu dari segi promosi dan pemasaran sesuatu produk atau perkhidmatan.

"Sejak 2010 sebanyak lima Program Usahawan Internet (Internet Entrepreneur Programme - IEP) untuk membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan menggunakan internet telah diadakan," katanya.

Tiga wakil dari syarikat yang berjaya meluaskan perniagaan mereka melalui internet turut dibawa ke persidangan untuk berkongsi rahsia kejayaan masing-masing menerusi forum diberi nama 'Dari Hati Ke IT'.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan