Saya Hanya Merujuk Kepada Golongan Miskin Tegar - Palanivel

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Masyarakat India yang tinggal di kawasan berhampiran estet milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tetapi bergelut dengan dilema kemiskinan dinasihatkan supaya menimbang untuk memohon kerja di estet milik kerajaan khususnya yang dimiliki oleh Sime Darby, kata Presiden MIC, Datuk G. Palanivel, Khamis.

“Cadangan saya ketika merasmikan pusat khidmat masyarakat MIC Negeri Sembilan baru–baru ini disalahlaporkan di beberapa akhbar dan juga di media alternatif...Saya tidak meminta masyarakat India supaya kembali bekerja ke estet.

“Ini bukan masa untuk berdebat ataupun menuding jari antara satu sama lain tetapi kita perlu berfikir secara serius dan realistik berhubung isu kemiskinan di kalangan masyarakat India khususnya di kawasan luar bandar dan cuba untuk mengatasinya melalui cara yang lebih praktikal. Ini kerana jumlahnya semakin meningkat,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Palanivel, apa yang beliau cadangkan ialah bantuan kepada golongan yang bekerja secara sambilan ataupun yang bekerja di sektor tidak formal dan memperolehi pendapatan bulanan kurang daripada RM500 tetapi tidak memiliki sebarang faedah seperti gaji tetap, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Socso, khidmat perubatan serta gagal membayar sewa rumah, bil elektrik, air dan susah untuk bayar duit bas sekolah untuk anak–anak mereka agar memikirkan syor yang dilontarkannya itu.

Ini katanya, termasuklah golongan yang mengalami kesusahan, kesukaran serta keperitan hidup yang menyeksakan.

“Secara ringkas kita boleh kategorikan mereka ini hidup di bawah paras kemiskinan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul ekoran daripada kenyataan awalnya sebelum ini.

Palaivel dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Bernama baru-baru ini dilaporkan sebagai berkata, masyarakat India yang menghadapi masalah kemiskinan disarankan kembali bekerja di estet.

Sebenarnya kata beliau, apa yang dimaksudkan ialah cadanganya itu hanya menjurus kepada mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan estet milik GLC seperti ladang Sime Darby.

Menurut beliau, estet–estet yang dimiliki oleh Sime Darby, salah sebuah syarikat milik kerajaan yang terbesar di negara ini menawarkan suasana kehidupan yang lebih terjamin, selamat dan selesa.

Malah Sime Darby turut menawarkan suasana kehidupan yang terkawal bagi menjaga keselamatan para pekerja termasuk juga menyediakan kemudahan sekolah tamil, kuil serta tempat rekreasi.

“Ketika musim menuai yang baik, pekerja secara berpasangan boleh memperolehi sehingga RM1,500 ataupun lebih.

“Malah Sime Darby juga turut membentangkan satu pelan rancangan jangka panjang untuk pekerja estet yang merangkumi kualiti kehidupan yang lebih baik termasuk kemudahan yang lebih banyak.

“Oleh yang demikian, saya tidak mahu cadangan saya di Seremban baru–baru ini disalah tafsirkan. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu mereka yang hidup dalam kesusahan tanpa sebarang pendapatan bulanan yang tetap serta kehidupan yang tidak menentu. Kita mahu satu pendekatan yang lebih ikhlas dan jujur menangani masalah mereka,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu Palanivel menjelaskan bahawa beliau tidak pernah meminta masyarakat India yang tinggal dibandar dan generasi muda untuk kembali bekerja semula di estet jika mereka memiliki kehidupan yang lebih baik.

“Apa yang saya cadangkanlah ialah satu pendekatan penyelesaian untuk golongan yang hidup tanpa sebarang kemudahan asas kerana mereka begitu susah serta perlukan satu pekerjaan dan pendapatan yang tetap. Kita perlu menggunakan kemudahan yang disedia ada untuk membantu golongan ini, ” jelas Palanivel.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan