Konflik Timur Tengah Bawa Rakyatnya Ke Negara Ini, Kata James Dawos - Berita Semasa | mStar

Konflik Timur Tengah Bawa Rakyatnya Ke Negara Ini, Kata James Dawos

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konflik di beberapa negara Timur Tengah membawa manfaat kepada Malaysia yang mencatatkan peningkatan kehadiran pelancong dari rantau itu.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata trend peningkatan itu yang dicatat sejak tahun lepas dijangka berterusan tahun ini.

"Jika dilihat statistik tahun lepas, seramai 116,252 pelancong dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah datang ke negara ini berbanding 101, 664 orang pada tahun sebelumnya, iaitu meningkat 16 peratus.

"Ini diikuti Arab Saudi seramai 86,771 orang pada tahun lepas berbanding 77,082 orang pada tahun sebelumnya, meningkat 14.3 peratus dan Iran 25,645 orang daripada 22,108 orang pada tahun sebelumnya dengan peningkatan 12.6 peratus," katanya kepada pemberita, di sini Jumaat.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia 2011 (Matta Fair 2011) berkata secara purata, seorang pelancong Arab berbelanja RM7,000 setiap kali melawat negara ini.

Sementara itu, mengulas isu berkaitan Dawos menggesa pengusaha sektor pelancongan negara ini memastikan pakej yang ditawar mampu memenuhi permintaan pelawat.

"Wujudkan tarikan baru atau pemberian harga dan diskaun yang menarik setiap tahun, berikan layanan yang baik dan serta bersikap jujurlah terhadap pelanggan agar mereka tidak lari dan datang semula kepada mereka," katanya.

Beliau berkata usaha itu perlu agar sasaran 36 juta pelancong dengan memberi pulangan hasil RM168 bilion menjelang 2020 tercapai.

Matta Fair 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini sehingga Ahad ini mensasarkan kehadiran 80,000 pengunjung dengan nilai perolehan kira-kira 100 juta. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan