Jangan Cakap Besar Mahu Ambil Alih Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SARIKEI: Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya bercakap besar tentang keinginannya untuk mengambil alih Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menyifatkan Anwar sebagai telah hilang kewibawaan selaku seorang pemimpin, Awang Tengah berkata 'impian 16 september 2008' Anwar untuk mengambil alih Putrajaya juga telah gagal.

"Jadi dia tidak sepatutnya cakap besar sekarang," katanya sebelum menyerahkan pampasan tanah berjumlah RM3.1 juta kepada lebih 200 pemilik tanah di Tanjung Manis, dekat sini, Jumaat.

Awang Tengah berkata malah wakil rakyat daripada PKR turut beramai-ramai meninggalkan parti itu.

Sebagai tambahan, banyak anggota pengasas dan anggota biasa PKR yang turut berbuat demikian, kata Awang Tengah.

Beliau memberi amaran kepada rakyat agar sentiasa berwaspada terhadap percubaan untuk memujuk mereka menyertai parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung seperti PKR, PAS atau DAP.

"Mereka akan datang untuk memanipulasi anda demi memenuhi kepentingan mereka. Dalam usaha berbuat demikian, mereka akan menyemai perasaan benci dalam kalangan kaum yang berlainan, menghasut anda supaya bermusuhan terhadap satu sama lain, terhadap kerajaan dan pada akhirnya anda dan negeri ini yang akan rugi," katanya.

Sebaliknya, kata beliau, gaya kepimpinan BN adalah berlainan.

"BN sejak dari mula lagi memberi tumpuan kepada membawa pembangunan, kemajuan, kemakmuran, perpaduan dan kestabilan politik.

"Ia turut memberi tumpuan kepada membasmi kemiskinan luar bandar. Ia mungkin mempunyai kelemahan tetapi sedang dalam proses menambahbaik menerusi inisiatif seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, Bidang Keberhasilan Utama Negara dan sebagainya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan