Tiga Gempa Bumi Kuat Di Honsu, Jepun Sejak Awal Pagi Tadi

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga gempa kuat yang berukuran melebihi 6 skala Richter melanda Pantai Timur Honsu, Jepun sejak 2.16 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi.

Menurut jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, gempa pertama pada 2.16 pagi yang terletak 37.6 darjah utara dan 141.7 darjah Timur, kira-kira 4,931 km dari Timur Laut Kudat, Sabah dan berukuran 6.4 skala Richter.

Pada 2.44 pagi satu lagi gempa kuat berukuran 6.2 skala Richter telah menggegarkan Pantai Timur Honsum iaitu di 38 darjah Utara dan 143.6 darjah Timur, dan pada 5.24 pagi satu lagi gempa berukuran 6.6 skala Richter melanda tempat yang sama.

Pada waktu yang sama, satu gempa kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda New Britian Region, iaitu salah sebuah pulau di Papau New Guinea, yang kira-kira 3,677 km dari Tenggara Kunak, Sabah.

Menurut jabatan itu, gempa bumi ini tidak mewujudkan ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan