Selangor Tidak Cadang Haramkan Loteri Seperti Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan negeri di bawah pentadbirannya tidak akan mengambil langkah yang serupa dengan Kelantan dengan mengharamkan penjualan tiket loteri atau apa-apa bentuk perjudian yang dibenarkan.

Katanya, polisi yang sedia ada sekarang berkaitan penjualan tiket loteri akan terus kekal.

"Kami tidak pun membincangkan isu tersebut dalam mesyuarat mingguan exco," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini Rabu.

Malah katanya, kerajaan negeri tidak pun bercadang untuk meminda polisi berkaitan perkara tersebut buat masa ini.

Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS, baru-baru ini telah melanjutkan pengharaman ke atas judi meliputi penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep di seluruh negeri itu.

Keputusan itu telah mencetuskan kontroversi khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam yang menegaskan penjualan loteri tidak dihalang di bawah perlembagaan dan undang-undang persekutuan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh turut menggesa supaya Kerajaan PAS menarik balik pengharaman tersebut kerana ia tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang negara.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan