Kadar Ancaman Siber Naik 170 Peratus Hingga Februari

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Husin (dua dari kiri), Sharifah Zarah (tiga dari kanan) dan Ananth (dua dari kanan) bersama tiga duta CyberSAFE dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara pada majlis pelancaran Kempen Bulan Internet Lebih Selamat 2011 di Kuala Lumpur, Khamis.
Husin (dua dari kiri), Sharifah Zarah (tiga dari kanan) dan Ananth (dua dari kanan) bersama tiga duta CyberSAFE dari Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara pada majlis pelancaran Kempen Bulan Internet Lebih Selamat 2011 di Kuala Lumpur, Khamis.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,136 kes ancaman siber dilaporkan sehingga akhir bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, jumlah kes tersebut meningkat 170 peratus berbanding 791 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu menerusi penggunaan Internet, emel dan rangkaian sosial.

"Kesemua kes berkenaan dilaporkan kepada Pusat Bantuan Khidmat Siber, Cyber999 sejak awal tahun ini.

“Insiden siber pada tahun 2010 sahaja mencatatkan 8,090 kes meningkat 127 peratus berbanding 4,526 kes bagi tahun sebelumnya.

“Antara kes yang dilaporkan membabitkan penipuan, spam, gangguan, ugutan, serangan peribadi dan pencerobohan serta kecurian identiti,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen ‘Bulan Internet Lebih Selamat 2011’ di sini, Khamis.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Polisi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Ananth Lazarus.

Husin berkata, bilangan pengguna Internet terus meningkat termasuk lebih 10 juta rakyat Malaysia menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Katanya lagi, masyarakat hari ini lebih banyak menghabiskan masa dalam talian berikutan terdapat peningkatan kemudahan jalur lebar, penurunan harga perkhidmatan, kewujudan Internet dan jalur lebar mudah alih.

“Oleh itu, Kempen Bulan Internet Lebih Selamat 2011 merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penggunaan internet yang selamat di Malaysia.

“Dengan peningkatan kesedaran terhadap keselamatan siber, lebih banyak kes insiden yang dilaporkan kepada Cyber999 sekali gus menunjukkan pengguna Internet di Malaysia semakin prihatin dan lebih berhati-hati terhadap penggunaan dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Ananth berkata, kadar penembusan jalur lebar disasarkan sebanyak 75 peratus menjelang tahun 2015 yang kini telah mencatatkan lebih 50 peratus.

Justeru itu katanya, Microsoft turut sama bertanggungjawab dalam membantu menjadikan dunia Internet lebih selamat untuk orang ramai terutama kanak-kanak.

“Teknologi hari ini banyak memberi manfaat kepada pengguna namun pada masa yang sama nilai perlindungan identiti dan maklumat peribadi dalam talian perlu dititikberatkan,” katanya.

Bulan Internet Lebih Selamat 2011 yang bertemakan ‘Berhenti, Berfikir, Berhubung.” dianjurkan oleh Microsoft dan CyberSecurity dengan kerjasama MOSTI.

Kempen yang berlangsung dari 10 Mac sehingga 10 April ini menggalakkan penggunaan teknologi dan perkhidmatan dalam talian lebih selamat khususnya di kalangan kanak-kanak dan golongan muda.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan