Isu Loteri: Presiden MCA Sedia Jumpa MB Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersedia untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pengharaman penjualan tiket loteri di negeri tersebut.

MCA, katanya, tidak memahami kenapa keputusan untuk mengharamkan penjualan loteri itu diambil hanya selepas 20 tahun PAS memerintah Negeri Kelantan.

Menurut beliau lagi, keputusan itu telah menyekat hak masyarakat bukan Islam yang bebas menentukan sama ada mereka mahu berjudi atau tidak.

"Kerajaan PAS Kelantan perlu diingatkan bahawa kebebasan untuk memilih terpelihara di dalam perlembagaan negara dan mereka (PAS) tidak mempunyai hak untuk melanggar hak tersebut," ujarnya kepada The Star.

Tegasnya, PAS telah membuktikan bahawa mereka akan mengenakan nilai-nilai yang mereka percaya betul untuk rakyat Malaysia tanpa terlebih dahulu mengambil kira sama ada tindakan mereka itu melanggari hak demokratik rakyat Malaysia yang berlainan agama dan kepercayaan.

Kata Dr Chua, apa yang berlaku sekarang adalah prebiu kepada apa yang akan berlaku seandainya PAS berjaya mengambil alih kepimpinan kerajaan pusat.

"Tapi saya bersedia untuk berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz untuk mendengar apa yang beliau ingin katakan berkaitan isu tersebut.

"Walaupun saya tidak faham rasional di sebalik keputusan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu tapi saya bersedia untuk bertemu dengannya supaya dia boleh menjelaskan tindakan di sebalik keputusan itu," ujar Dr Chua.

Sebelum ini Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ingin bertemu dengan presiden MCA dan parti itu untuk menjelaskan kenapa Kerajaan PAS Kelantan mengambil pendirian untuk mengharamkan penjualan loteri Big Sweep di negeri itu.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan