Hentian Puduraya Bakal Miliki Surau Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hentian Puduraya di sini yang masih dalam kerja-kerja pengubahsuaian akan mempunyai sebuah surau untuk solat Jumaat apabila ia dibuka nanti.

Ia merupakan yang ketiga selepas dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, satu mesyuarat dengan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah meluluskan penubuhan surau itu selepas mengambil kira faktor keperluan pengunjung beragama Islam di situ pada masa hadapan.

Katanya, penubuhan itu diluluskan sebagai satu pendekatan inovatif dan kreatif dalam membangunkan masjid dan surau seiring dengan pembangunan negara.

"Walaupun penubuhan surau Jumaat ini bukan baru tetapi kita mesti berhati-hati sebelum meluluskan sebarang permohonan pembukaan surau selain Mazhab Shafie yang diguna pakai di negara ini yang memerlukan 40 orang bermastautin di tempat berkenaan perlu dipatuhi sebagai syarat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Surat Pelantikan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persektuan di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, sebelum kelulusan kepada Hentian Puduraya diberikan pihaknya telah mengarahkan pemohon mendapatkan 40 nama penduduk tetap di kawasan itu.

Ini kerana, beliau tidak mahu penubuhan surau Jumaat itu nanti sekadar pada nama dan diharap ia dapat memberikan manfaat kepada semua yang ingin menunaikan solat Jumaat di situ.

"Kita lihat surau Jumaat di KLCC dan PWTC, surau berkenaan sentiasa penuh dengan jemaah sehingga surau di KLCC terpaksa dinaiktaraf kepada masjid untuk menampung bilangan jemaah yang meningkat.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan