Golongan Muda Gembira Dengan Skim Rumah Pertamaku

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai menyambut baik Skim Rumah Pertamaku menyasarkan golongan muda berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Bagaimanapun, harga unit kediaman di kawasan bandar melebihi nilai RM100,000 hingga RM220,000 seperti yang ditetapkan kerajaan yang mengkibatkan impian golongan muda membeli rumah berhampiran tempat bekerja tidak kesampaian.

Eksekutif Perhubungan Awam, Debbie Chu Yeuan Ling, 28, berkata, beliau akan dapat memiliki rumah sendiri lebih awal dari perancangan di bawah skim berkenaan.

“Untuk menyimpan 10 peratus bayaran mengambil masa bagi saya sebagai eksekutif muda.

“Tapi dengan skim ini, sya dapat memiliki rumah impian dengan harga RM220,000 di sini,” katanya yang bertugas di sebuah hotel di Melaka.

Di bawah Skim Rumah Pertamaku, golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri berharga antara RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan antara 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga antara RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Rumah tiga bilik tidur itu dilengkapi dengan dua bilik air.

Adam Joe Mazlan, 29, artis grafik kanan dari ibu kota dekat sini berkata: “Ia adalah khabar gembira untuk mereka yang mahu mendapatkan rumah pertama tapi untuk orang seperti saya adalah sesuatu yang mustahil kerana tinggal tangah-tengah di Kuala Lumpur.

“Saya ragu untuk memperoleh rumah teres dua tingkat untuk keluarga saya di sini.

“Saya harap kerajaan menaikkan had sekurang-kurangnya kepada RM350,000 untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna khususnya kepada mereka yang tinggal di ibu kota yang berkos tinggi,” katanya yang tinggal menyewa bersama keluarga di Ampang bersama adik-beradik dan ibu bapa.

Bekas menteri, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis berkata, skim berkenaan membolehkan pekerja muda mencapai cita-cita mereka memiliki rumah sendiri lebih awal.

“Ramai golongan muda tiada deposit 10 peratus yang diperlukan untuk membeli rumah walaupun selepas lima tahun bekerja," ujarnya.

Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rompin dan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat berkata, skim itu membuktikan bahawa Perdana Menteri mengutamakan rakyat.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan