Dewan Rakyat: Pelajar Perubatan Bebas Pilih Pusat Pengajian

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia bebas mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di mana-mana institusi pendidikan seluruh dunia selepas kerajaan meminda Akta Perubatan 1971 kelak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan akan memansuhkan 'Jadual Kedua' yang menyenaraikan kesemua 375 institusi pengajian perubatan yang diiktiraf sebelum ini.

"Apabila pindaan pada akta ini dibuat, kita akan memansuhkan senarai berkenaan supaya pelajar boleh memilih mana-mana institusi pengajian yang mereka kehendaki.

"Namun kerajaan juga menetapkan syarat iaitu institusi berkenaan memperolehi sijil persetujuan daripada Kementerian Pengajian Tinggi terlebih dahulu," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah kerajaan bagi mengawal kualiti doktor sama ada yang mengikuti penajian di dalam mahupun luar negara.

Sementara itu Liow berkata, pelajar yang mengikuti kursus kedoktoran perlu menduduki peperiksaan khas bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai doktor yang berwibawa.

"Setelah lulus, pelajar mesti menduduki peperiksaan pelesenan bagi memastikan mereka berfungsi sebagai doktor yang berkualiti dan berwibawa.

"Tidak dapat dinafikan, pemantauan kualiti penyampaian pengajian perubatan oleh institusi-institusi luar negara agak sukar untuk dilaksanakan secara berkala memandangkan faktor geografi, logistik dan kos yang tinggi yang diperlukan untuk menghantar panel penilai ke negara-negara itu," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan