K'jaan Ambil Langkah Untuk Pastikan Kenaikan Harga Minyak Tak Jejaskan Negara

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan mengambil langkah memastikan kenaikan harga minyak mentah akan membolehkan permintaan tinggi penggunaan domestik berterusan, terutama sekali di segi penggunaan dan pelaburan swasta.

Perdana Menteri menegaskan, langkah berkenaan akan diambil jika harga minyak terus meningkat di atas paras kritikal dan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

"Pelaburan sektor swasta telah turun sejak beberapa tahun lepas tetapi dengan pengenalan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan projek permulaan (EPP), pelaburan sektor swasta dijangka terus meningkat," katanya selepas taklimat dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Menurut Najib, kerajaan komited dengan program rasionalisasi subsidi tetapi ia akan dilaksanakan secara perlahan-lahan dan disasarkan terhadap rakyat berpendapatan rendah dan pertengahan.

"Kenaikan mendadak harga minyak disebabkan ketidaktentuan dan perkembangan di Timur Tengah akan menjadi ancaman terbesar terhadap pertumbuhan ekonomi global," katanya.

Peningkatan berterusan inflasi, menurut beliau akan terus memberi kesan terhadap para pengguna.

beliau bagaimanapun menegaskan, defisit kerajaan bergantung kepada jumlah perolehan kerajaan berbanding dengan berapa banyak peningkatan subsidi, khususnya jika tiada semakan semula dari segi harga petrol, diesel dan perkara yang lain.

Menurut Najib, ia akan memberikan tambahan RM4 bilion pada tahun ini untuk menyediakan subsidi pada harga semasa jika tidak dilakukan penyelarasan harga petrol.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan