Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang Akan Dibentangkan Di Parlimen

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang, yang akan membolehkan Bank Negara Malaysia menangani aliran keluar dana dari negara, dijangka dibentangkan di Parlimen pada pertengahan tahun ini, kata Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Sejak awal 2000, Bank Negara telah menyediakan langkah-langkah untuk menangani aliran keluar dana seperti perundangan pengubahan wang haram, langkah-langkah mengawal selia pengurup wang dan mengenakan had bagi wang dibawa keluar dari negara.

Pada Januari, Global Financial Integrity melaporkan bahawa aliran kewangan haram dari Malaysia berjumlah US$291 bilion (RM888 bilion) antara 2000 dan 2009.

Ditanya mengenai siasatan bagi aliran keluar dana sekarang, Zeti berkata bank pusat akan mengeluarkan kenyataan selepas meneliti "nombor dan membuat penilaian ke atas pelbagai bahagian".

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri satu taklimat di bank pusat, di sini, Rabu.

Mengenai minat China Construction Bank untuk membeli pegangan dalam EO NCapital Bhd, Zeti berkata sebarang minat yang diluahkan perlu berdasarkan kepada "kerelaan pembeli kerelaan penjual".

"Kami telah membukakan (sektor perbankan) dan mereka bebas untuk datang dan membuat permintaan. Kami akan meneliti sama ada mereka (kedua-dua pihak domestik dan tempatan) mempunyai keupayaan," katanya.

Mengenai sama ada Australia & New Zealand Banking Group (ANZ) menyerahkan permohonannya untuk meningkatkan pegangannya dalam AMMB Holdings Bhd, Zeti berkata: "Tidak, mereka belum lagi. Kami tidak pasti apakah kepentingan pihak-pihak asing itu."

ANZ akan dibenarkan meningkatkan pegangannya dalam AMMB kepada 49 peratus, lebih tinggi berbanding had 30 peratus sekarang bagi pemilikan asing dalam bank-bank tempatan, tertakluk kepada kelulusan Bank Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan