SPR Perlu Jelaskan Isu Pertambahan Undi Pos

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan pertambahan mendadak bilangan pengundi pos di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, timbul kekeliruan wujud campur tangan pihak tertentu sehingga menyebabkan status pengundi awam didaftarkan sebagai pengundi pos.

“SPR perlu memberikan jawapan kepada persoalan ini kerana ia menunjukkan seolah-olah ada dalang yang ditugaskan menyusun dan merancang strategi ini secara terperinci,” katanya di Lobi Parlimen pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang dilaporkan berkata perkara itu berlaku disebabkan wujudnya kesedaran politik yang tinggi di kalangan isteri tentera untuk mendaftar sebagai pengundi pos.

Saifuddin turut merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai mengenai pertambahan hampir 6,000 pengundi pos di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor.

Bukan itu sahaja, beliau mendakwa di Parlimen Ketereh, Kelantan juga berlaku pertambahan sebanyak 449 pengundi pos berdaftar dengan menggunakan alamat Kem 16 Desa Pahlawan di Kota Baru, Kelantan.

“Bukti itu dikukuhkan lagi dengan penerimaan bantahan oleh PAS kawasan itu dalam satu pendengaran awam yang diadakan di bilik mesyuarat Majlis Daerah Keterah pada 18 Januari lalu.

“Anehnya, semua pengundi pos adalah wanita dan mereka tidak tahu bahawa namanya telah ditukar daripada pengundi awam menjadi pengundi pos malah selepas bantahan dibuat, kesemuanya tidak membuat sebarang rayuan,”katanya.

Saifudin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kejayaan membuktikan kesemua 449 pengundi tidak mengisi borang A, iaitu borang perpindahan yang wajib diisi untuk menukar status atau menukar kawasan mengukuhkan lagi dakwaan terdapat dalang di sebalik isu berkenaan.

“Jika borang itu tidak diisi, bagaimana nama mereka boleh berada dalam senarai pengundi pos? Apakah mekanisme penerimaan yang dibuat oleh SPR?

“Disebabkan perkara itu, PAS Ketereh terpaksa membuat semakan manual dan membayar RM10 bagi setiap nama dengan nilai keseluruhan berjumlah RM4,490,”katanya.

Sehubungan itu, Saifuddin menggesa SPR memberikan menjelaskan dan menyelidik secara terperinci individu yang menjadi dalang kepada tindakan itu.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan