Roslan Ahmad Angkat Sumpah ADUN Merlimau

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roslan Ahmad mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau di hadapan Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhammad di sini Isnin, kira-kira 14 jam selepas diisytiharkan memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau semalam. Majlis tersebut diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri sebelum Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka ke12. Turut kelihatan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (kanan). -Foto BERNAMA

MELAKA: Roslan Ahmad pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN Merlimau di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Muhammad.

Majlis itu diadakan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob merasmikan persidangan penggal keempat DUN Melaka kali ke-12.

Turut menyaksikan majlis itu ialah Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Roslan, 44, selaku calon Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau semalam dengan menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Dengan kemenangan Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, BN mengekalkan 23 kerusi di dalam DUN Melaka.

Lima lagi kerusi diduduki wakil DAP.

Dewan turut merakamkan penghargaan dan menyampaikan bacaan Al-Fatihah kepada mantan DUN Merlimau, Datuk Mohamad Hidir Abdullah yang meninggal dunia 20 Januari lalu akibat serangan jantung. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan