Najib Minta Anggota Parlimen Tumpu Tanggungjawab Kepada Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan bertemu Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) pagi Selasa bagi memberi ingatan agar mereka lebih menumpukan terhadap tanggungjawab merapati dan memberi ‘sentuhan’ kepada rakyat.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Perdana Menteri turut mengingatkan mengenai tanggungjawab mereka untuk menjadi benteng penghalang kepada segala tohmahan yang dibangkitkan pembangkang.

"Seperti isu yang sering digembur-gemburkan (pembangkang) berhubung isu Mesir yang dikaitkan dengan negara ini, ia hanyalah gendang kosong yang dipalu pembangkang.

"Walaupun ia tidak terpakai di sini kerana situasi kita berbeza, namun penjelasan harus diberikan agar tidak ada pihak yang bersifat ekstrem atau keterlaluan termakan dakyah-dakyah mereka,” kata Rais kepada pemberita selepas turut serta dalam pertemuan tersebut.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam di Dewan Taklimat Aras 2, Bangunan Parlimen di sini dengan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri-menteri kabinet lain.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pertemuan itu adalah perkara rutin yang dilakukan sebelum bermulanya persidangan Dewan Rakyat.

"Ini membolehkan anggota Parlimen BN mendapat taklimat awal mengenai perkara yang akan dibahaskan termasuk soalan yang diajukan dan bilangan rang undang yang akan dibentangkan pada kali ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan