Kesedaran Terhadap Isu Wanita Beri Impak Besar Pada Masyarakat

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Isu wanita yang sering disuarakan oleh pelbagai pihak dalam meningkatkan kesedaran golongan itu yang kini berjumlah lebih 14 juta orang di negara ini telah memberi impak yang besar ke atas masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pengaruh itu turut memberi kesan kepada golongan lelaki mengenai wanita terutama sumbangan mereka dalam kehidupan.

“Kefahaman masyarakat mengenai usaha memperkasakan kaum wanita bukan sekadar menumpukan pada peringkat individu bahkan di peringkat antarabangsa.

“Pengaruh ini sebenarnya menggerakkan perubahan dalam persekitaran kepada yang lebih baik dan progresif,” katanya pada majlis pelancaran ‘Women:100’ di sini, Selasa. Teks ucapannya dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Women:100 dianjurkan oleh Kakiseni, sebuah laman web khusus untuk peminat seni tempatan dengan kerjasama KPWKM sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac.

Ketua Kakiseni, Low Ngai Yuen berkata, Women:100 merupakan acara persembahan seni selama 100 jam yang melibatkan wanita sebagai subjek utama meliputi teater, bengkel, penceritaan, tarian dan muzik.

“Mendekati masyarakat menerusi seni tentang isu wanita merupakan sesuatu yang unik kerana ia membantu merangsang pemikiran penonton.

“Inilah yang kita mahukan dalam Women:100 agar usaha memupuk kesedaran dan kefahaman itu lebih jelas di samping mensasarkan semua golongan tanpa mengehadkan wanita semata-mata,” katanya.

Sebanyak 13 persembahan akan dipertontonkan sepanjang Mac sehingga April dengan menekankan tentang cara meraikan kejayaan dan memperkasa kaum wanita.

Semua persembahan boleh ditonton secara percuma dengan menempah tempat duduk termasuk butiran program, tarikh, waktu dan lokasi di laman web, kakiseni.com.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan