PBT Perlu Ubah Pendekatan Agar Terus Relevan - Chor

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu berubah daripada orientasi perkhidmatan kepada pembangunan bagi memenuhi tuntutan semasa dalam kepesatan proses perbandaran.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata, kepesatan proses perbandaran mengakibatkan PBT perlu berdepan dengan isu-isu perbandaran yang semakin kompleks.

Berikut itu, katanya, kementeriannya telah telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan termasuk memperkenalkan dua set indikator penilaian bagi Majlis Bandaraya/Perbandaran dan Majlis Daerah mulai tahun ini.

Inisiatif tersebut adalah bertujuan mempermudahkan sistem penyampaian, meningkatkan perkembangan aktiviti ekonomi setempat di samping meningkatkan hasil kutipan cukai taksiran, bayaran lesen dan sebagainya, katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam meraikan delegasi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan PBT 2011, di sini, Isnin.

Pada majlis itu, Chor menyampaikan Geran Tahunan 2011 berjumlah RM35.9 juta dan bayaran Sumbangan Membantu Kadar (SMK) berjumlah RM30.7 juta kepada 24 buah PBT di negeri itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, dalam ucapanya, berkata kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan pemberian geran tahunan itu sejak tahun lepas.

Bantuan kewangan SMK pula adalah merupakan bantuan tahunan kerajaan pusat kepada PBT dalam mengurus aset kerajaan pusat di negeri itu, katanya.

"Penyaluran bantuan kewangan itu secara tidak langsung dapat membantu meringankan bebanan kewangan bagi menampung perbelanjaan operasi semua PBT di negeri Sabah," kata Musa.

Ucapannya disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan