Pastikan Produk Halal - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna Islam perlu peka dan berhati-hati apabila menggunakan produk berasaskan gelatin di pasaran dengan memastikan ia memperoleh sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Jakim hanya mengeluarkan sijil itu bagi produk yang dikenal pasti 100 peratus menggunakan bahan atau sumber halal serta bebas daripada kandungan asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

"Antara kategori Pensijilan Halal yang dikeluarkan Jakim ialah makanan, premis makanan, suplemen kesihatan (vitamin), ubat tradisional, produk kosmetik dan produk-produk kegunaan harian yang lain," katanya kepada pemberita di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Isnin.

Beliau berkata, produk farmaseutikal dan ubat-ubatan yang memerlukan preskripsi doktor, tidak termasuk dalam kategori disenaraikan untuk pengeluaran sijil halal itu.

Jamil Khir berkata setakat ini, Jakim mengeluarkan sijil halal kepada 20 syarikat pengeluar produk suplemen kesihatan dan 14 syarikat pengeluar ubat-ubatan tradisional tempatan.

Beliau berkata, Jakim telah melakukan penyelidikan secara terperinci terhadap semua produk syarikat berkenaan dan mendapati ia tidak mengandungi DNA babi serta selamat digunakan oleh umat Islam.

Katanya, Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh negara sentiasa memantau penjualan semua produk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional bagi memastikan ia bebas daripada kandungan DNA babi serta memperoleh sijil halal.

Jamil Khir berkata, Jakim hanya menamakan syarikat yang mendapat sijil halal dan tidak akan mendedahkan produk bukan halal.

Pada 3 Mac lepas, media melaporkan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan, yang dibungkus dengan kapsul gelatin dan diambil secara rambang dari pasaran, mendapati tiga daripadanya positif DNA babi.

Kehadiran DNA itu dikesan menggunakan kit diagnosis yang dibangunkan sebuah syarikat multinasional tempatan, menerusi projek perintis bersama kementerian itu baru-baru ini, dalam usaha membangunkan produk standard halal di Malaysia.

Jamil Khir berkata, sekiranya pengguna Islam berasa was-was, mereka boleh merujuk kepada Jakim atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan atau melayari laman web www.halal.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan