Menteri Seru Pengusaha Pelancongan Beri Diskaun Kepada Pemegang MyKad

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menyeru para pengusaha industri pelancongan negara supaya menimbang keperluan untuk memberi diskaun istimewa kepada rakyat Malaysia atau pemegang MyKad.

Insentif ini katanya adalah penting untuk meningkatkan minat pelancong domestik agar mengunjungi taman-taman tema atau rekreasi pelancongan dalam negeri.

"Mungkin i-City boleh merintis usaha ini dengan memberi 20 peratus diskaun kepada pemegang MyKad, warga emas dan pakej keluarga sebagai satu daya tarikan untuk menyaksi dan merasai pengalaman bersalji yang akan diperkenalkan pada musim cuti sekolah pertengahan bulan ini," ujarnya selepas melancarkan "Laluan Salji" atau "Snowalk" iaitu satu lagi destinasi pelancongan baru yang diperkenalkan oleh i-City, petang Isnin.

Serentak dengan itu, Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew mengumumkan bahawa pihaknya bersedia menimbangkan saranan tersebut untuk pengunjung ke Laluan Salji yang akan mula dibuka kepada umum pada 19 Mac nanti.

Menurut Ng, pelancongan domestik adalah satu industri berpotensi tinggi dan perlu diperluas dan dipromosikan ke luar negara.

"Sebelum ini dalam promosi yang saya lakukan di luar negara, saya seringkali berkata, Malaysia mampu menawarkan segala-galanya di muka bumi ini dari hutan hujan khatulistiwa yang tertua di dunia sehinggalah kepada pantai seputih kapas dan sungai serta laut yang luas tetapi tidak salji.

"Hari ini, sejarah akan berubah kerana nampaknya saya sudah boleh menawarkan pakej salji khususkan kepada para pelancong dari Timur Tengah, Asia Tengah dan negara-negara Asia yang lain yang tidak mempunyai salji...datanglah merasai salji di i-City," katanya sambil ketawa.

Menurut Ng lagi, i-City telah membuktikan, industri pelancongan tidak bergantung kepada alam semulajadi semata-mata tetapi juga boleh dinikmati menerusi inovasi dan kreativiti.

Pada masa yang sama beliau turut menegaskan bahawa kejayaan industri pelancongan negara sebenarnya banyak bergantung kepada kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta.

Kekuatan dan kelebihan kerajaan, katanya adalah dalam mempromosikan destinasi pelancongan negara yang berpotensi.

Hasil daripada promosi tersebut, jelas beliau, Malaysia kini menduduki tempat kedua dalam industri pelancongan dunia selepas India. Tempat ketiga ialah Itali, diikuti Sepanyol, Thailand dan Hong Kong. Beliau juga turut memuji langkah yang dirintis oleh i-City iaitu bekerjasama dengan MTV dan rangkaian hiburan antarabangsa seperti Nickelodeon untuk membawa watak-watak utama kartun dari rangkaian tersebut ke Malaysia.

"Hakikat bahawa i-City mampu menarik kerjasama daripada Nickelodeon misalnya adalah manifestasi daripada keyakinan mereka terhadap produk pelancongan yang mereka hasilkan dan untuk itu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada i-City kerana meletakkan Malaysia di peta destinasi pelancongan dunia," katanya.

(Untuk membaca laporan lanjut berkaitan hujan salji bakal melanda i-City Shah Alam pada 19 Mac depan, sila dapatkan akhbar Mingguan mStar anda Ahad ini. Mingguan mStar diterbitkan bersama Sunday Star)

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan