Khidmat Perpustakaan Di Pusat Beli-Belah & Secara Sentiasa Ada

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menimbang keperluan untuk memperluaskan khidmat perpustakaan di pusat membeli-belah sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Ketua Pengarahnya, Datuk Raslin Abu Bakar berkata, idea untuk mengembangkan sayap khidmat perpustakaan ke pusat membeli-belah sebenarnya sudah pun bermula namun usaha tersebut belum diperluaskan secara menyeluruh.

Buat masa ini, katanya, khidmat perpustakaan di pusat membeli-belah hanya dilaksanakan di dua buah pusat membeli-belah di Lembah Klang iaitu AEON Jusco di Mahkota Cheras dan AEON JUSCO AU3 di Wangsa Maju.

“Kita dapati, sambutan terhadap khidmat perpustakaan di pusat membeli-belah ini sememangnya ada. Melihat kepada situasi ini, pihak PNM akan merancang untuk memperluaskan program jangkauan mereka kepada masyarakat di lokasi-lokasi strategik sebegini,’’ katanya ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Raslin menjelaskan, perkhidmatan perpustakaan di pusat membeli-belah merupakan satu khidmat tambahan yang diusahakan oleh PNM bagi mendekatkan diri mereka dengan pengunjung.

Di bawah perkhidmatan ini, ujar beliau, PNM akan membawa bahan-bahan bacaan kepada para pengunjung dan tidak seperti kebiasaannya yang mana pengunjung sendiri yang akan datang meminjam buku. Sementara itu, beliau juga berkata, Malaysia telah menjadi negara kedua di rantau ASEAN selepas Singapura untuk memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Ubiquitous (sentiasa ada) ataupun U-Library apabila perkhidmatan tersebut akan dilancarkan pada 31 Mac ini.

Jelas Raslin, di bawah khidmat Perpustakaan Ubiquitous yang berkonsepkan kehadiran di merata tempat itu, semua kemudahan perpustakaan berkenaan boleh dinikmati di mana sahaja selagi terdapat akses internet.

Katanya, portal berkenaan amat memudahkan keperluan para pengguna memandangkan semua perkhidmatan perpustakaan sudah dimasukkan ke dalam portal yang mesra-pengunjung.

“Jika seseorang pengunjung itu ingin masuk ke dalam Perpustakaan Ubiquitous itu untuk tujuan menjadi ahli, mereka hanya perlu menekan klik dan memberikan nombor MyKad mereka.

“Jika mereka mahu membuat pinjaman buku, para pengunjung hanya perlu mengisi tajuk buku dan kemudian permintaan itu akan diajukan kepada pegawai perpustakaan untuk tujuan selanjutnya. Pos Malaysia kemudiannya akan menghantar buku-buku yang diminta itu kepada pengunjung dan begitu juga untuk proses pemulangan nanti,’’ katanya.

Mengulas lanjut, Raslin berkata, pihaknya yakin perkhidmatan perpustakaan berkenaan akan mendapat sambutan kerana ia ialah trend perkhidmatan yang dimahukan oleh para pengunjung sekarang.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan