Kerajaan Perlu Wujudkan Makmal Khas Untuk JAKIM Uji Produk Farmaseutikal

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menangani isu penggunaan kapsul berasaskan gelatin babi dalam produk farmaseutikal kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma’amor Osman berkata, Kementerian Kesihatan dan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bekerjasama bagi memastikan pengeluar ubat meletakkan logo halal serta menyenaraikan kandungan bahan yang digunakan pada setiap paket ubat.

"Sesuatu produk itu perlu melalui proses pengesahan halal sebelum ia dipasarkan. Oleh itu usaha untuk mengenal pasti produk ubat-ubatan ini perlu dilakukan oleh kerajaan.

"Bagi produk tempatan dan import, kita perlu ada mesin atau kaedah untuk mengenal pasti bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan produk itu. Selepas mendapat pengesahan sijil serta logo halal baru lah ia boleh dipasarkan kepada umum," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 sampel produk farmaseutikal tempatan yang dibungkus dengan kapsul gelatin yang diambil secara rambang dari pasaran yang mana tiga daripadanya positif gelatin babi selepas ujian asid deoksirinukliek (DNA) dijalankan.

Beliau turut menyarankan kerajaan mewujudkan makmal khas untuk mengenal pasti DNA yang terkandung dalam produk kesihatan yang diberikan kepada pesakit di hospital mahupun klinik kesihatan.

"Sudah pasti peruntukan yang besar diperlukan untuk mewujudkan makmal khas ini. Oleh itu kerajaan perlu memberi peruntukan yang sewajarnya kepada Jakim untuk mewujudkan makmal ini serta pakar yang dapat mengenal pasti DNA haiwan atau bahan-bahan yang dilarang terutamanya bagi pengguna Islam,” katanya.

Jelas beliau, disebabkan Malaysia tidak mempunyai makmal khusus untuk menjalankan uji kaji terhadap kandungan ubat-ubatan ini menyebabkan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menggunakan kapsul yang diperbuat daripada gelatin babi.

"Makmal khas ini perlu segera diwujudkan kerana agak sukar untuk mengenal pasti kandungan ubat-ubatan melainkan ujian khusus dijalankan oleh pakar,” katanya.

Jumaat lalu, Jakim dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya akan memastikan semua produk farmaseutikal yang diperbuat daripada gelatin babi tidak akan dijual di kaunter terbuka.

Jakim juga akan mengumumkan senarai terkini produk farmaseutikal yang dikenal pasti mengandungi kapsul gelatin babi serta melabelkan produk tersebut sebagai haram supaya umat Islam lebih berhati-hati ketika membuat pembelian.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan ujian DNA terhadap sesuatu produk melainkan mereka diminta berbuat demikian.

"Apa yang boleh kita sarankan adalah, pengguna perlu lebih berhati-hati. Mereka perlu lebih peka, dengan meneliti logo halal serta membaca kandungan sesuatu produk sebelum membeli apa jua produk kesihatan,” katanya.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan