Hujan Salji Akan Melanda i-City Shah Alam Pada 19 Mac Ini

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan salji akan melanda i-City di Shah Alam pada 19 Mac ini dan fenomena luar biasa itu dijangka berterusan sepanjang tahun mulai tarikh tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh I-Berhad dalam satu sidang akhbar di sini petang Isnin yang turut dihadiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Hujan salji tersebut adalah sebahagian daripada inovasi baru dalam industri riadah yang diperkenalkan oleh i-City kepada para pengunjung ke taman tema tersebut mulai cuti sekolah ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew, teknologi yang dibawa khas dari Korea Selatan itu merupakan daya tarikan baru ke i-City iaitu taman tema seluas 177.8 hektar (72 ekar) di Shah Alam yang sebelum ini terkenal dengan gelaran “City of Digital Lights” kerana limpahan cahaya warna-warni yang menyinari seluruh taman tema tersebut setiap malam.

Dikunjungi oleh lebih 90,000 orang pengunjung setiap minggu, i-City kini merupakan pusat tumpuan pelancongan malam hari yang paling popular di tanah air.

Kata Eu, mulai 19 Mac ini, para pengunjung ke i-City akan berpeluang bukan sahaja menikmati suasana dan pengalaman sebenar bermain salji malah menyaksikan bagaimana ‘salji turun ke bumi’ apabila mereka melalui “Laluan Salji” atau “Snowalk” dalam satu kawasan tertutup seluas 50,000 kaki persegi yang dibina khas untuk memberi kesan khas kepada pembentukan salji.

Projek tersebut, katanya dapat direalisasikan dengan kerjasama i-City dan sebuah konglomerat dari Korea iaitu BarsKorea yang merupakan pakar teknologi penghasilan ais untuk industri makanan sejak 10 tahun lalu.

Kedua-dua pihak telahpun menandatangani perjanjian eksklusif di Korea Selatan lebih kurang dua minggu lalu untuk memberi hak penggunaan teknologi itu bagi Malaysia.

Pengalaman menikmati salji buatan manusia ini adalah yang pertama seumpamanya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga bagi rantau ini.

Ia mempunyai tiga komponen iaitu mesin penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan air daripada suhu bilik kepada 15 darjah selsius. Komponen kedua ialah unit kondenser (mesin pemeluwap) untuk berfungsi untuk menyejukkan tong dram yang bakal menghasilkan salji dan komponen ketiga ialah 16 unit tong dram yang akan digunakan untuk menghasilkan emping salji.

Hasilnya ialah, para pengunjung yang melalui Laluan Salji ini akan berpeluang untuk merasai pengalaman bersalji, bermain salji dan menikmati suasana sebenar salji sepertimana di negara-negara Eropah atau negara-negara lain yang bersalji.

Sementara itu, menurut Pengarah Pemasaran i-City, Monica Ong, Laluan Salji ini terletak di dalam sebuah kawasan seluas 50,000 kaki persegi dengan suasana dan persekitaran artik beserta suhu di bawah 5 darjah selsius serta salji setebal 100mm.

Oleh kerana air yang akan diguna untuk menghasilkan salji ini katanya telah ditulenkan maka ia pada asasnya adalah selamat untuk dirasa atau dimakan.

Dan sempena dengan pelancaran Laluan Salji pada 19 Mac ini, beliau memberitahu, para pengunjung berpeluang untuk berkenalan dan menemui personaliti kartun Nickelodeon iaitu “Dora the Explorer” yang akan dibawa khas ke i-City dengan kerjasama Nickelodeon Asia Tenggara.

i-City juga dijangka membawa satu lagi watak kartun popular Nickelodeon iaitu SpongeBob untuk menghiburkan para pengunjung Laluan Salji pada bulan Jun nanti.

Kos untuk membina Laluan Salji di i-City adalah sekitar RM10 juta dan pengunjung hanya dikenakan caj sebanyak RM25 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak).

(Untuk membaca laporan lanjut berkaitan hujan salji bakal melanda i-City Shah Alam pada 19 Mac depan, sila dapatkan akhbar Mingguan mStar anda Ahad ini. Mingguan mStar diterbitkan bersama Sunday Star)

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan