Cadangan Moratorium Bagi Program Perubatan Di IPT Tempatan - Khaled

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi bercadang mengenakan moratorium terhadap penawaran program perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) Awam dan Swasta, kata menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, cadangan itu ditertimbangkan berikutan berlakunya kekurangan tenaga akademik serta hospital pengajar.

"Kalau ada pun hospital yang ditumpang ia memang tidak cukup. Kadang-kadang kita dapat lihat lebih ramai 'housemanship' (doktor pelatih) daripada pesakit dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan watikah naik taraf Allianze College of Medical Science (ACMS) kepada kolej universiti di sini, Isnin.

Watikah itu diserahkan kepada Presiden AUCMS Datuk Dr Zainuddin Md Wazir.

Mohamed Khaled berkata, ketika ini kementerian sedang mengumpul maklumat mengenai cadangan moratorium itu untuk dikemukakan bagi pertimbangan kerajaan.

Beliau juga berkata, kementerian tidak akan meluluskan program perubatan atau menubuhkan fakulti perubatan di PIT tempatan tanpa mendapat kelulusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Katanya sehingga 28 Februari lepas, kementerian meluluskan pendaftaran sebanyak 25 IPT bertaraf universiti, 22 bertaraf kolej universiti dan lima kampus cawangan universiti luar negara.

"Kementerian ini dalam proses akhir untuk mendaftarkan dua universiti lagi iaitu Southampton University Malaysia Campus dan Raffles University Iskandar dan kedua-duanya akan beroperasi di Iskandar Malaysia," katanya.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata dengan penaiktarafan ACMS kepada Allianze University College of Medical Science (AUCMS), ia diharap akan menjadi institusi yang mengembangkan kepakaran dalam sektor sains kesihatan bersekutu dan perubatan dalam negara.

"AUCMS sentiasa perlu mempunyai mekanisme untuk membangunkan sistem peningkatan kualiti yang berterusan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan