PRK Merlimau: Warga Emas Dan Wanita Dominasi Waktu Mengundi Sebelah Pagi

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Proses pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan PAS, berjalan lancar sejak bermula pukul 8 pagi ini.

Cuaca cerah memudahkan pergerakan 10,679 pengundi berdaftar di kawasan DUN itu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing di tujuh pusat pengundian yang dibuka sehingga pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sehingga jam 9 pagi, sebanyak 14 peratus daripada jumlah pengundi berdaftar itu telah mengundi.

Tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi di sini, mendapati kebanyakan pengundi yang keluar mengundi di sebelah pagi terdiri daripada golongan warga emas dan wanita.

Suasana sibuk tetapi terkawal di pusat mengundi jelas kelihatan dengan petugas parti-parti yang bertanding membantu menghantar para pengundi ke pusat-pusat pengundian.

Pusat-pusat tersebut ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, dan Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau.

SPR hanya membenarkan kenderaan parti yang digunakan untuk mengangkut pengundi, dilekatkan kertas biru bersaiz A4 pada cermin kenderaan Barisan Nasional (BN) menakala PAS berwarna hijau.

Kerusi roda juga disediakan bagi memudahkan pengundi yang uzur untuk memasuki pusat pengundian.

Dalam pilihan raya itu, calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad, 44, Anggota Jawatankuasa Umno bahagian Jasin, ditentang calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Roslan dan isterinya Zalifah Omar adalah antara pemilih yang menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 di sini.

Mereka tiba pada pukul 8.20 pagi dan mengundi setengah jam kemudian. Sebelum itu, mereka sempat beramah mesra dengan pengundi lain.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Roslan berkata : "Alhamdulillah, saya sudah tunaikan tanggungjawab dengan baik dan semua berjalan lancar dan selepas ini saya akan melawat pusat mengundi lain. Insya-Allah BN akan menang".

Calon PAS bukan pengundi berdaftar di kawasan DUN Merlimau, namun beliau juga turut melawat pusat-pusat mengundi.

Tinjauan suasana di sekitar pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 yang terletak di Jalan Merlimau-Batu Gajah, terdapat dua kumpulan penyokong parti bertanding dilihat bersorak sambil menyanyikan lagu patriotik.

Suasana terkawal dengan kehadiran anggota polis untuk mengawal lalulintas di kawasan tersebut.

Turut melawat pusat-pusat mengundi ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan