PRK Merlimau: Selepas Tewas Yuhaizad Pantau Roslan

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Sebaik sahaja diumumkan tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, calon PAS, Yuhaizad Abdullah mahu memastikan bekas lawannya, Roslan Ahamad menunaikan segala janji sepanjang kempen sebelum ini.

"Saya akan pantau Roslan," katanya dalam reaksi segera kepada pemberita selepas pengisytiharan rasmi keputusan PRK DUN Merlimau di sini.

Yuhaizad tewas kepada Roslan selepas sekadar meraih 2,319 undi berbanding calon Barisan Nasioanal (BN) itu yang berjaya memperoleh sebanyak 5,962 dan berjaya meningkatkan majoriti kepada 3,643 undi.

Pada PRU 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.

Roslan dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Sidang DUN yang akan bermula esok.

Yuhaizad berkata, beliau menerima kekalahannya itu namun akan memastikan Roslan menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin.

Malah beliau tidak kecewa dengan kekalahan itu kerana masih memperoleh sebanyak 2,319 undi.

"Benar kita kalah tetapi masih banyak pengundi yang memihak kepada kita," ujarnya.

Ditanya mengenai kekalahan teruk beliau termasuk di kampung halamannya di Chin Chin, Yuhaizad yang tersentak dengan soalan tersebut berkata, beliau belum mendapat angka rasmi keputusan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, selepas ini beliau akan bersama-sama pimpinan PAS melakukan bedah siasat punca sebenar kekalahan mereka pada PRK kali ini.

Yuhaizad tewas di semua Peti Undi Chin Chin yang mengandungi empat saluran dengan hanya mendapat 434 undi berbanding Roslan sebanyak 1,135 undi.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan