PRK Merlimau: Kurang Dua Jam Lagi Peluang Pemilih Tunai Tanggungjawab

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Tidak sampai dua jam untuk pengundi di kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada Ahad.

Setakat pukul 3 petang tadi, 7,722 atau 72.6 peratus telah keluar mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin mencapai sasaran peratusan keluar mengundi iaitu 80 peratus berdasarkan momentum proses pengundian ketika ini yang didorong oleh cuaca baik sejak pagi tadi.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata: "Insya-Allah sasaran yang ditetapkan akan dapat dicapai menjelang petang ini," katanya kepada mStar Online di sini.

SPR menetapkan sasaran 80 peratus daripada 10,679 jumlah pengundi pada PRK Dun Merlimau.

Proses pengundian akan tamat pukul 5 petang ini sebelum keputusannya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini.

Calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad, 44, berdepas satu lawan satu dengan wakil PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan