PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi Hari Ini

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon PAS, Yuhaizad Abdullah memimpin tangan isterinya, Shakila Mohamad (kiri) dan ibunya Fatimah Hasan, 66, ketika beliau menemani ibunya membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan ChinChin di Jasin, Ahad. - Foto BERNAMA
Calon PAS, Yuhaizad Abdullah memimpin tangan isterinya, Shakila Mohamad (kiri) dan ibunya Fatimah Hasan, 66, ketika beliau menemani ibunya membuang undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan ChinChin di Jasin, Ahad. - Foto BERNAMA

JASIN: Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum proses pemilihan tamat pukul 5 petang manakala keputusannya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini.

Kerusi kawasan tersebut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan