PRK Merlimau: 10,679 Pemilih Mula Tunaikan Tanggungjawab

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Proses pengundian bagi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau bermula sebaik sahaja pusat pengundian mula dibuka pada pukul 8 pagi dan akan berakhir pukul 5 petang, Ahad.

Sebanyak tujuh pusat pengundian telah dibuka iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Chin Chin, SJK Tamil Ladang Jasin Lalang, Sekolah Kebangsaan Merlimau 2, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1, Sekolah Kebangsaan Merlimau dan SJKC Merlimau dengan 21 saluran tempat mengundi.

Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka.

Penjumlahan undi akan dilakukan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, di sini.

Pengundian pos diadakan pada 2 Mac membabitkan 36 pengundi melibatkan anggota polis.

Calon BN, Roslan Ahmad, 44, berdepas satu lawan satu dengan wakil PAS, Yuhaizad Abdullah, 38.

Roslan merupakan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin manakalan Yuhaizad pula ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Merlimau yang terpilih hari ini dijangka mengangkat sumpah Isnin ini.

Speaker DUN Melaka Datuk Othman Muhamad berkata pada Sabtu, upacara mengangkat sumpah itu dijangka diadakan sebelum perasmian Persidangan Pertama Penggal Keempat DUN Melaka Ke-12 pada 10 pagi hari tersebut.

Notis untuk persidangan DUN telah diserahkan kepada semua ADUN kira-kira sebulan lepas, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan