PRK Kerdau: Peratusan Keluar Mengundi Lebih Sasaran

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Kira-kira kurang sejam tempoh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau berakhir, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) mengumumkan peratus keluar mengundi sehingga pukul 4 petang ialah 81.52 peratus atau 7,336 pengundi sudah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Peratusan berkenaan melepasi sasaran awal SPR yang menjangkakan peratus keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

DUN Kerdau mempunyai 8,999 pengundi berdaftar.

Pada pilihan raya umum 2008, peratus keluar mengundi ialah sebanyak 80.33 peratus daripada 8,451 pengundi berdaftar.

Proses mengundi mula berlangsung sejak pukul 8 pagi tadi dan bakal berakhir pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN yang diwakili Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 dan PAS yang diwakili Hassanuddin Salim, 43.

Kerusi DUN berkenaan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan