PRK Kerdau: Calon BN Selesai Mengundi, Yakin Menang - Berita Semasa | mStar

PRK Kerdau: Calon BN Selesai Mengundi, Yakin Menang

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad yakin mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada pilihan raya yang berlangsung pada Ahad.

Katanya, selepas berakhir tempoh berkempen selama lapan hari, rakyat di DUN Kerdau akan membuat pertimbangan yang sewajarnya bagi memilih wakil yang terbaik untuk berkhidmat di kawasan berkenaan.

"Semua ok, saya yakin menang...hari ini lebih bersemangat," katanya ketika ditemui selepas membuang undi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Kuala Krau di sini, Ahad.

Beliau tiba di sekolah berkenaan kira-kira pukul 8 pagi dan membuang undi pada pukul 8.20 pagi.

Selain itu beliau menyeru pengundi di DUN Kerdau supaya keluar awal bagi melaksanakan tugas mereka sebagai pengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, Syed Ibrahim yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau ditentang calon PAS yang juga Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim.

Pilihan raya kecil DUN ini diadakan berikutan kemaian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan